KURSUS PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (VTO)
1) Apa itu VTO ?
Jawapan: Vocational Training Officer ( Pegawai Latihan Vokasional ) . VTO ni adalah kursus dan jawatan. Untuk melayakkan sesiapa ada kelayakan nak jadi Cikgu / Guru / Tenaga Pengajar. 2) Apa kegunaan VTO ? Jawapan: Untuk melayakkan kepada lepasan pelajar SKM atau lepasan Diploma / Ijazah atau sesiapa yang berminat untuk menjadi Tenaga Pengajar. Contohnya, kepada mereka yang mempunyai pengalaman bekerja di industri, dan ingin menceburi bidang Tenaga Pengajar / Guru di mana-mana Pusat Bertauliah berdasarkan kursus SKM yang telah diambil sebelum ini. 3) Jadi Tenaga Pengajar? Untuk mengajar apa ? Jawapan: Pelajar akan diajar dengan 10 modul dalam kursus VTO ini dan di industri nanti, pelajar akan mengajar dalam bidang kemahiran yang telah diambil sebelum ini. Contohnya, pelajar jahitan dari mana-mana kolej komuniti, dia sedang di dalam perniagaan jahitan di samping, dia berminat untuk menjadi Cikgu / Guru / Tenaga Pengajar. Dia perlu ambil kursus VTO untuk melayakkan dia menjadi Cikgu / Guru / Tenaga Pengajar. 4) Saya tidak mempunyai sebarang Sijil, tapi saya ada kemahiran, boleh ke saya mengajar? Jawapan: Boleh, anda perlu mendapatkan sijil di dalam bidang kemahiran anda dengan bantuan kami iaitu Penilaian Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT), masa yang sama anda ambil sijil VTO. Selesai semua, lengkaplah anda sebagai tenaga pengajar di dalam bidang kemahiran anda. 5) Berapakah lamakah tempoh masa Kursus VTO dijalankan ? Jawapan : Kursus VTO dijalankan selama 9 Bulan iaitu : 3 bulan Teori & 6 bulan Praktikal, tempat praktikal dipilih oleh pelajar sendiri samada Swasta / Kerajaan . |